terjah

Wednesday, October 5, 2011

kenali emosi cinta



apabila berbicara soal cinta,ramai yang mengaitkannya dengan perasaan yg indah,suasana yg romantik,kata2 indah mengatur bicara,hilai tawa gembira hinggakan adakalanya kamu terlupa realiti sebenar percintaan.
Inilah yang dinamakan emosi dlm percintaan iaitu satu perasaan yg pedih tetapi lahir kerana cinta yg mendalam.Pelik,bukan?Tetapi yg pastinya kamu tentu pernah mengalaminya jika kamu benar2 dilamun cinta serta dibuai perasaan indah ini...

RINDU....  Ketika si dia jauh di perantauan,kamu berasakan ada satu kuasa yg bergelora di sudut hatimu.Jantungmu sentiasa berdebar2 tatkala bayang wajahnya muncul menghantui dirimu.Makan x lalu,tidur x lena,mandi x basah.Walaupun kamu boleh bergelak ketawa dgn kawan2 tp pemikiranmu jauh menembusi langit.Egomu menguasai supaya tidak meluahkan kpd sesiapa ttg perasaanmu.Kadang2,kamu boleh menangis krn terlalu merindui si dia.Jika bkn kerana cinta,perasaan ini tidak akan pernah singgah mahupun menjengah hati... 

RISAU...  Tidak keruan jadinya kamu bila si dia tidak menghubungimu dan tidak menjawab panggilanmu.Selamat ke dia?"Dating" dgn sapa?Dah x sayangkan aku ke?Fikiranmu x bercelaru,pemikiranmu x menent,rasionalmu x terkawal.Terasa ingin meraung sakit hati!Kenapa perlu kusutkan kepala krn memikirkan hal org yg tiada hubungan darah daging?Suara halus menjawab,krn kau menyayangi si dia'.Tapi kenapa jika seharian kamu tidak mendengar suaranya kamu jadi rungsing,fikiranmu berkeceramuk,asyik teringatkannya...Ahaks...itu tandanya kamu mula risaukannya...

SENSITIF...  Berlaku perselisihan faham antara kamu berdua.Kedua2nya ego,masing2 x mahu mengalah dan tidak mahu mengakui salah masing2.Kamu berdua menjauhkan diri antara satu sama lain,mengharapkan pasangan dtg sujud meminta maaf.Bila kawan2 bergurau kasar dgnmu,kamu tiba2 jadi berang dan marah2 x tentu fasal.Mereka terkejut,"apa kena dgn dia nie",dtg bulan ke?.Kamu jadi sensitif krn otakmu melayang memikirkan ttgnya,krn sayang dan rindu yg tidak terbendung.Kamu pula janganlah terlalu ambil serius dgn apa yg berlaku dlm hubungan kamu,nanti si dia mula bosan dgnmu...Hey!!!nak sensitif pun biarlah bertempat....hehehe... 

MARAH...  Kamu ada temujanji dgn si dia di tempat biasa pkul 3 ptg.Hampir sejam lebih kamu tunggu,kelibatnya masih x muncul2.Mulutmu mula muncung,mukamu merah padam menahan kemarahan.Setelah 2 jam menunggu,si dia dtg dgn keadaan yg kurang terurus.'Sorry,i tertidur td',kata si dia sambil melemparkan senyuman memujuk.Dalam hati kecilmu mula berbisik...Apa?Tertidur?Wah..tidurnya lebih penting dari berjumpa dgnku...kamu hanya diam dgn muka yg masam.Tapi yg peliknya,knp kamu ttp setia menunggu w/pun berjam2 lamanya?Ini kerana perasaan sayang itu lebih kuat mengatasi marah.Marah maksudnya sayang,kalau tidak pernah marah bukan sayang namanya.Tapi,jangan asyik nak marah je...Biasalah,semua pasangan pun ada gaduhnya.Itu adatlah dlm bercinta.Tapi kalau dia betul2 buat hal..apalgi,marahlah sesuka hatimu.Jika kamu kehilangannya jgn pula kamu menyesal.Apapun control segala tingkah lakumu itu.Fikir dahulu baik buruknya... 

CEMBURU BUTA...  Tahulah si dia kekasihmu..tp tolonglah jgn cemburu sangat.Ini x kena,itu x kena.Jika kamu menyayanginya,kamu juga harus dan perlu mempercayainya.Kadang2 sikap hilang kepercayaan boleh menimbulkan pergaduhan.Hahh!! kan free je kamu berdua bermasam muka.Cubalah bertolak ansurdan jgn terlalu mengongkong.Dlm perhubungan ini kita ada mesti mempunyai 3 aspek.pertama percaya di antara satu sama lain,kedua jujur dan ketiga bertolak ansur.Kamu pula jgn lupa,zaman skrg perempuan lebih ramai berbanding lelaki,jadi jika kamu terlepas"asset" kamu ini,susah pulalah kamu ingin menemui cinta baru... 

PELIK BIN AJAIB...  Sedar atau tidak saat kamu di lamun cinta,kamu banyak mengelamun.Termenung sana,termenung sini,serba x kena.Masa bercinta ini jugalah tiba2 sahaja kamu jd 'SASTERAWAN NEGARA" .Alangkah puitisnya bahasa yg kamu gunakan ketika berbicara dgn si dia.Tak percaya?Cuba lihat kembali kad atau surat yg kamu kirimkan utknya..paling tidak pun mesti ada bahasa puitismu itu.Malah ada yg lebih jiwang,siap hasilkan sajak2 cinta.Apapun bg pasangan kekasih yg sedang hangat bercinta,selamat mengharungi liku2 percintaan ini.Percayalah terlalu banyak dugaan yg akan kamu tempuhi dan segalanya menuntut kebijaksanaan serta pengorbanan darimu!..

No comments:

Post a Comment