terjah

Friday, January 28, 2011

kehilangan

setiap pertemuan,jodoh,ajal dan maut semua nya di tangan Tuhan..kita hanya boleh merancang tapi Dia yang menentukan segalanya..sekuat mana kita cube menghalangnya namun ia tetap tak akan mengubah keadaan kerana itu semua sudah tersurat sejak azali lagi..
ya Allah..kehilangan orang yang disayang secara mengejut memang memeritkan hati.
. sukarnya untuk menerima kenyataan itu..memang payah tapi terpaksa ku kuatkan hati kerana hakikat nya telah berlaku.
tanggal 24 januari 2011, 7.10 am
ku menerima panggilan dari abah ku..ingatkan saje2 col tanya  khabar anak dia yang selalu menepi nie..tp knp awal pagi sangat ea col..sebelium nie xpernah plak nk col awal2 pagi..
xpe..aku sabar menanti setiap patah perkataan yang akan keluar dari mulut abahku..
dengan penuh kekuatan abah ku menyampai berita yang sikit pon x terlintas di fikiran ku..
abah : kakak,cik nah excident subuh td..
aku : so??teruk x?dia xpape kan...
abah ku diam sejenak sebelum melafazkan kata.
abah : dia......dia....dia dah xde...
dengan bodoh nye aku g tnya cik nah xde gi mana..memang x terlintas pon di fikiran bahawa dia akan meninggalkan kami semua seawal ini..
terkaku aku bila mendengar berita mengejut ini..
air mata ku laju mengalir...dan ku meraung...menangis sepuas puas nya..
apa yang ku fikirkan saat itu hnya ingin balik ke kampung..sedaya upaya aku mencari jalan untuk pulang melihat arwah buat kali terakhir.. namun apa daya ku.. nak balik ke kampung bukan senang kalau tak dirancang awal2..ku pasrah..aku hanya mampu menghadiahkan arwah al fatihah dan surah yassin... hanya itu yang ku mampu lakukan saat itu.
keesokan harinya baru aku sampai di rumah.. suasana pilu menghiasi rumah ku.. mengalir airmata ku melihat anak2 arwah yang masih kecil.. arwah meninggalkan anak seramai 5 org yg berumur 8 bulan hingga 13 tahun. 4 lelaki dan seorang perempuan. kecil2 dah kehilangan ibu tersayang,padahal seusia itu amatlah memerlukan belaian seorang ibu..
al fatihah utk arwah cik nah,ibu saudara ku.. dalam ingatan..

aku harap keluarga arwah tabah dan kuat menghadapi dugaan ini..Tuhan lebih menyayangi arwah dan memerlukan arwah lebih awal lagi..sudah sampai ajal nya walau bukan dengan kehendak kita dan kita x merelakan nya.. kita yang hidup teruskan la dengan jalan hidup kita dan jangan sesali apa yg sudah ditakdirkan..sedekah kan al fatihah kpd arwah hasnah binti mat yatim ( 35 tahun ). moga roh nya di tempatkan bersama sama orang yang beriman.