terjah

Thursday, September 29, 2011

imbas kembali :p

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -


* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak
.* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
* main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
* cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
* Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
        

           p/s : nie laa yg jd zaman kite kecik2 dahulu..tp skrg da xde da cm ginie..budak2 tadika pon da maju..rugi laa sape2 x alami kenangan nie..mmg klakar kalo d ingtkan kembali..

Sunday, September 25, 2011

hatiku milikmu


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


p/s : suke layan lagu nie..a lot of meaning :)

kisah dongeng



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka Yang jauh lebih megah dari diri ini Apa yang mampu ku berhias Hanyalah hati yang ikhlas Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa Dalam waktu sedu Dalam waktu hiba Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna Atau mungkin cinta sebegitu hanya Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa Dalam waktu sedu Dalam waktu hiba Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna Atau mungkin cinta sebegitu hanya Kisah dongeng saja...


p/s : aku suke dgr lagu nie..lirik dia penuh mkna...mmg layan laa..

Saturday, September 24, 2011

salah ke kahwin muda nie??

ok nie nk citew sikit bab kawen..
acecee mentang2 laa da tunang..gtal laa duk pk sal kawen..hehehe..
kawen muda nie salah ke??
mesti ke org nk mengata n halang kawen muda nie..
byk yg xsokong kawen muda..
tp kalo aku,,aku sokong jea..bkn sbb aku da plan tp utk elakkan maksiat yg kita xjangka kan,,,
s0 lebih baik laa kawen mengikut islam..islam xtetapkan umo pon nk kawen..
asalkan kita mampu dan bersedia dlm alam rumah tangga tu pon dah cukup..

nie aku copy paste dr jurnal i luv islam..
even copy pon aku ase story tu penuh makna..
ade teladan yg blh kita pelajari..


JANGAN TAKUT UTK KAHWIN AWAL :)

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

my life as a student

stelah cuti 4 bulan,,kini aku bergelar student lg..
maka bermula laa kehidupan seorang pelajar tahun 2 semester   3..
hidup nie memang utk study,,study dan study..
borink pon nk wat cmner demi cita2 kn,,
jadual kat atas tu mmg nk kill aku gak ar..blh thn padat nye..
ari rabu tu bkn nye kosong pon..ade koko kot ptg tu..seharian aku berkampung d induk utk subjek koko tu..nk xnk dah mmg ade lam list utk sem nie..
khamis lak mmg jem laa otak aku..kelas kul 12 smpai kul 6..
perghhh hebat tol mind aku ley masuk dlm jgka pnjg tu..
last2 masuk tlinga kanan kuar pon tlinga kanan gak..
sebab da full da xley nk save lg dah..
da laa sem nie agak susah subjek nye..
mmg kena study hard laa aku jwb nye sem nie..
pape pon aku harap sem nie akn prestasi aku akn terus meningkat laa..xnk laa asyik sama jea..
harapkan sgt peningkatan dl hidup nie..
baru 2minggu kt sini pon da homesick..nk balik,,tp xdpt..jauh..
sabow jelaa..huhuu...
xley manje lg dah..blaja matured lak..hahhaa..
lastly,,aku harap aku enjoy laa sem nie..xnk stresss sgt..plezz make me happy :)


p/s : blajo rajin2 moga sem nie dpt dekan :p
      chaiyoookkkkk ezalieyn afies ;)

tinggal kenangan :(

xde ape nk ckp..just nk luah ase terkilan n sedey sbb org yg aku sygg da pergi utk selama lama nye..
xde lg tempat aku mengadu,berborak, dan tempat menumpang kasih..
nenek yg menjaga aku selama 7 thn nie da meninggal slps sehari aku betunang..
2 september 2011...
baru jea nk merasai kebahagiaan tp kesedihan da muncul dlm hidup aku..sumpah sedey..
aku xnk cite byk2..nt kn xpasal2 aku menangis lg bila mengenangkan arwah..
dia la nenek dan dia laa juga ibu kpd aku..xsangka yg sihat walafiat pon blh pergi dulu even kita xsangka akn kepergian dia..
thn 2011 da 3 kehilangan berlaku dlm family aku..
mula2 arwah cik nah ( adik abah ) di ikuti arwah umie ( kakak abah ) pastu nenek..
byk nye kehilangan..nk nangis ase..
xmo dah citew lebih2..da sebak nie...
yg pergi biar lah dia pergi,,kita yang ade nie kena teruskan hidup seperti sedia biasa..
al fatihah utk arwah nenek,umie dan cik nah..
tetap dalam ingatan dan kenangan..

Thursday, September 22, 2011

my engagement (afieyza )

assalamualaikum pembuka bicara..
actually xde laa byk cite pon nk share..
tp suke2 jea nk ckp
" aku da ade ikatan rasmi n now bergelar tunangan org "
alhamdulillah berkat doa kami akhirnya hubungan kami telah di patrikan dgn sebuah ikatan walau pon bukan ikatan perkahwinan tp kami da selangkah lg nk ke gerbang perkahwinan..
moga doa kami akn d makbulkan utk menjadi pasangan suami isteri yg sah pd suatu hari nt..
5 tahun kami menjalin hubungan dan bukan senang dan jaga hubungan ini..terlalu byk dugaan yg melanda sehingga aku pernah cube utk berputus asa tp mungkin kami telah di takdirkan utk bersama,,alhamdulillah jodoh kami masih panjang..
nk cite gak love story kami kt sini tp nt laa dulu,,xde mase lg nk menaip n feel pon xde nk karang ayat panjang2..tunggu laa kalo rajin nt :)
ok now kite start cite sal hari pertunangan aritu..
awl bulan januari thn nie,,kalo xsilap mase besday dia,, 16 january ritu dia ade ckp nk masuk meminang..mcm biasa laa aku ingt kn dia just ckp kosong jea..x amek serius pon..dgr jelaa..yelaa masih panjang lagi perjalanan kami..memang dia da pernah melamar aku dulu pd tarikh 09/09/09..mmg smpai skrg laa duk ingt..1st time dpt lamaran kan,,terus setuju..gatal gak aku nie..xpk pnjg dah time tu..teru ckp ya..ase mmg bahagia sgt time tu..lama2 pastu dia xde sebut da..tu yg aku ingt dia main2 jea..aku pon wat xtaw jelaa kan..
dia selalu suh aku ckp ngn family aku pasal dia nk melamar..tp aku takut..takut kena sound kt abah..mmg xkn ckp laa kn..mmg laa kami da knl 2 2belah kuarga tp faham2 jelaa aku ank sulung..mmg susah laa nk dpt kebebasan nk2 muda lg..kena control lg kot..dia mmg duk paksa2 aku kabarkan brita nie..
aku pendam je dlm hati..bkn ape byk sgt yg duk pk,,betol ke dia syg kn aku,,betol ke dia nk aku jd pasangan dia..pk punya pk aku amek keputusan nk citew kt member aku..dorang pon bg laa nasihat..
susah gak nk kena pk masa depan nie ea..
last kali aku ckp kt dia aku setuju dia masok minang aku kalo family dia pon setuju..time tu bln mei..
xsangka aku dpt respond awl,,family dia mmg da setuju pon..tgu family aku lak..haii nie yg susah nie..kn senang kalo family aku pon sporting cmtu gak..
mase besdayy aku aritu,,6 julai,,dgn rasmi nye dia melamar sekali lg aku depan mak dia lak tu..betapa blushing nye aku time tu..terharu mcm nk nangis kt situ jea..+ + laa malu aku time tu..
time tu gak laa kami bincang pasal tunang ngn mak dia..dg keputusan muktamad family dia nk masuk merisik aku seminggu sebelom puasa..
gilerr cepat aku ase..aku xsedia lg nk gtaw kt abah aku..kt mama aku awl2 lg aku da gtaw...mama on je kalo abah setuju..pas balik tu aku gtaw kt arwah mek aku,,dia pon ckp mcm mama gak,,dia xkisah kalo abah bg..
saat mendebarkan bila nk gtaw kt abah tu..mcm nk luruh jantung aku time tu..dgn semangat yg ade,,akhirnye aku gtaw gak kat abah..muka time tu xpayah ckp laa..dah pucat,,xde darah pon,,siap sedia laa takut kena sound nt,,tp reaksi abah aku lain yg jangka lain yg jadi..abah boleh gelak lg..mcm dia plak yg xcaya..aku amik jln mudah dan suh abah pk lu..
kali kedua aku tnnya aku gtaw terus kt abah yg family dia nk masuk mintak..abah diam..aku dah cuak time tu..xkn abh xbg kot..nk nangis pon ade time tu..pastu abah tnya bila dia nk dtg n kt umah sape..fuhh lega jap aku..abah pon ckp laa dia setuju dan ikut keputusan aku..
lepas pd tu aku terus kol dia gtaw sal kptsan abah tu..betapa bahgia nye kami saat itu..menangis2 aku dlm fon..bkn sbb sedey tp gembira bila hubungan kami direstui dlm satu ikatan..
lps merisik tarikh pon di tetap kan..ingt nk buat 090911 tp dia plak keje time tu..so kami tetapkan 01/09/11 sbg tarikh rasmi pertungan kami..
dlm bulan puasa tulah aku membuat segala persiapan pertunangan..semua aku yg uruskan..aku nk semua keje aku yg buat.sempurna xsempurna itu lain kra..sekurang nye aku puas hati aku buat dgn diri aku sendiri tnpa susah kan sape2..duit gaji yg aku kumpul selama buat partime tu aku guna utk majlis tu..
dr persiapan tempahan baju,,barang hantaran,,cincin dan majlis tu aku yg uruskan..walau kelam kabut tp alhamdulillah aku bersyukur ngn keje aku sendri..3 ari sebelom raya dia da blk kg..time tulah baru cari brg hantaran utkm pihak dia lak..gubahan hantaran pihak aku,,aku ngn dia yg buat,,baru laa rasa feel nk bertunang..kami sama2 bkerjasama utk pertunangan kami..xsangka kami mampu lakukan nye even time tu byk sgt prob yg muncul..kami anggap itu slh 1 dugaan utk kami..
aku mmg kusut time tu,,yelaa time tu gak nk muncul mcm2 prob..mula dgn nenek aku xsihat,,pastu atok aku lak yg jatuh saket..masuk hospital..lepas tu nenek lak yg masuk hospital..bila atok kuar wad,,nenek lak makin  tenat smpai kena masu icu..time mmg aku stress tahap gaban..mana nk pk hal pertunangan kami mna nk pk sal atok ngn nenek yg da jaga aku tu..
nenek msk icu mlm pd kami nk bertunang tu..semalaman aku xtdo memikirkan ape yg bakal berlaku nt,,
pd pg pertungan kami tu,,abah slowtalk ngn aku suh aku tangguh kan dulu..time tu aku ase mcm nk luruh jantung aku..persiapan semua da siap tgu masa jln jea..aku memang da xkuat time tu..aku ckp ngn dia..dia smpai terkelu xtaw nk ckp ape dah..byg kn laa semua persiapan da siap,,baju da amek,,kenduri pon da nk jln ptg tu da..family,,kwn2 semua da jemput..mmg aku ase nk gilerr time tu..dgn pk kn nenek aku duk lam icu tu lg..akum ingt mmg aku xde jodoh kot ngn dia..
lps pd tu,,aku citew kt abah aku,,nenek aku da ckp masa ari raya 1st aitu kt aku,,walau dia sakit ke,,duk hospital lh ke,,majlis perlu d jln kn sbb kita da jnji ngn org,,kita ade maruah nk jaga..xperlu pk kn dia,,n dia minta maaf ng tunang aku time tu sbb xde mase majlis kami..abah pon ckp kt aku nenek aku pon ade ckp perkara yg same pd dia..
dgn keizinan abah dan nenek aku yg sakit tu majlis tetap akan dilangsungkan..
2 ari aku xtdo + stress lg mmg membuat kan aku penat sgt masa ari nk tunang tu..muka aku mmg xbermaya gler..mmg aku ase teruk sgt..mcm xnk tunang da..tp dgn sokongn dan semangat yg tunang aku bg,,aku perlu kuat menghadapi semua ini..
ari pertunangn tu mmg aku mcm org glerr menguruskan semua benda,,smpai diri aku sendiri terabai..
akhirnya semua siap walau teramat laa kalut time tu..
bila rombongan dia tiba,,saat tu aku ase berdebar glerr..takut + nervous + malu mcm xnk kuar bilik dah time tu..bila dorang selesai berbincang aku disuruh keluar utk disarungkan cincin..perasaan time tu mmg xnk kuar bilik sbb takut smpai kena pgl byk kali bawu laa aku kuar..tgk kt luar ramai2 mcm tu lg laa aku panik..aku jd blurr glerr time tu..ape yg org suh buat aku buat jea...
yg x kusangka kn tunang aku sendiri yg sarungkan cincin utk aku..aku mmg terkejut time tu..tp nk wat cmner da org2 tua kt situ yg suh..kami buat jelaa..bergetar2 jari aku time tu..serius nervous + malu tahap gaban..
maka secara rasmi nya IZATUL NURAZLIN menjadi TUNANGAN kpd MOHD AFIS..
bahagia nye time xyah ckp laa...mmg teramat2  bahagia dan ase bertuah sgt..
syukur kpd Tuhan krn telah memberi redha kpd kami utk meneruskan hubungn kami sehingga ke jinjang pelamin..penat lelah aku selama tu ase mcm berbaloi sgt bila merasakan majlis kami berjalan dgn lancar seperti hendak nye..moga jdoh kami kekal ke anak cucu..AMIN...


P/S : bila da tunang,,rmai laa yg duk tnya bila nk kawen..hurmm bila ea nk kawen..emm nt2 laa dulu..bg aku blaja abez dulu..kami nk ikat je dulu hubungan kami nie..bg laa tunang aku kumpul duit byk2 lu..lg pon kami muda lg..kami beertunang sbb nk ade ikatan yg lenggap antara kami dan k 2 2 family..andai da smpai seru kami maka kami akn berkahwen gak..moga pnjg laa jodoh kami..amin..
ramai yg duk ckp bertunang lame2 nie bahaya..tp aku akn cuba menjaga ikatan ini dan mempertahankan semampu yg boleh..kalo da jodoh kami mmg xkan lari ke mana pon  :)
asalkan ade kepercayaan,,kejujuran dan kesetiaan antara kami berdua insyaallah kami akan terus kekal sehingga nafas terakhir..






















nie jea gamba yg dpt upload..line xbape nk laju laa..nk lebih lg tgk lam fb yea :)

Wednesday, September 21, 2011

raya 2011

assalamualaikum..
mungkin belom terlambat lagi utk sy ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin..
walau raya da nk dekat sebulan tp xsalah kn sy nk share raya aritu kt sini..
xrajin da nk update blog..xthu mna hilang nye mood meengarang sy..huhuu..
 kpd sape2 yg mengenali sy,,maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki andai sy pernah buat salah dan silap pada korang semua..kira 0 - 0 laa ea...
kita bukak buku baru lak..bkn muka buka yea...
even raya thn nie xrasa mcm raya,,tp tetap bersyukur sbb masih blh meraikan aidilfitri kali ini..
mungkin terlalu byk dugaan yg melanda sehingga terabai keperluan diri sendiri..
pape pon thankss a lot God..sy masih blh bernafas lg dan mampu utk melihat keindahan dunia ini :)

ini adik lelaki sy..da besaw pd sy pon..

adik lg tinggin dr kakak nye

wif my beloved hubby


p/s : xbyk sgt gambar raya thn nie..thn dpn kite posing lagi :)