terjah

Sunday, November 27, 2011

keliru dlm cinta

Selalunya ia berlaku kepada individu yang bersandarkan kepada ‘berkawan biar seribu, bercinta biar satu’. Selalunya di awal perkenalan ada yang lebih selesa menjalinkan hubungan dengan ramai orang. Ini kerana mereka beranggapan ianya membantu dalam proses membuat pilihan yang terbaik di kalangan yang baik sebelum lebih serius di alam percintaan.

Namun kadangkala tindakan tersebut lebih banyak mengundang risiko kerana kita pasti akan keliru dan rasa tertekan untuk memilih. Apatah lagi jika kedua-duanya memiliki sifat serta ciri yang hampir serupa.

Selalunya dalam keadaan sebegitu, kita cuba tanya pada hati kita - sejujurnya siapakah antara mereka yang lebih kita cinta. Senaraikan kelebihan serta kekurangan antara keduanya dan kemudian buat perbandingan. Selain itu, minta juga petunjuk dari Allah, antaranya dengan melakukan solat istikharah.

Perlu juga dapatkan reaksi daripada ahli keluarga serta teman-teman rapat. Tetapi yang pasti, jawapannya ada pada diri kita sendiri. Pastikan kita tidak tersilap langkah dan tersalah membuat keputusan. Itu hanya akan memberi kesan jangka panjang dalam kehidupan kerana hidup kita hanya sekali.

Sebolehnya carilah ruang agar kebahagiaan sentiasa melingkari serta kehidupan dengannya nanti dapat terus memberikan inspirasi, agar kita lebih sukses dalam apa jua yang kita ceburi. Hakikatnya cinta itu adalah satu anugerah dan jodoh kita juga merupakan suatu ketentuan yang telah ditakdirkan.

Yang penting dalam arena cinta kita harus berjuang selagi daya dalam mencapai hasrat hati. Namun perlu diingat ianya harus berlandaskan tindakan yang positif.




No comments:

Post a Comment