terjah

Saturday, November 26, 2011

bola oo bola


xde nk komen pape..just nk ckp suka kt bdk bwh umo nie..hehehe..






budak nie ade bakat..bole pegi jauh lagi..umo pon masih muda..masih bole di latih lagi..

p/s : kpd incik afies jgn jeleshhh yea...sy main2 jea nie.. :P

Friday, November 18, 2011

diam

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

beza antara cinta dan suka

 1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalaminya dalam hidup mereka.

persoalan tentang kahwin awal@muda


kawen awal bukan laa satu masalah..tp kita yg buat nye jadi bermasalah..
jom kite tgk persoalan persoalan yg sering muncul di minda remaja remaja tentang kahwin awal..
 sy pon pk persoalan yg sama gak..

1. kawen waktu masih belajar!!adakah tak menggangu pembelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. saya masih belajar,,mcm mana nk bagi nafkah kpd isteri kalo masih belom bekerja??


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah..

3. macam mana mahu cari modal utk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


4. tidak terlalu awal kah utk sy berkahwin??

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.


5. bersediakah sy utk kawen awal??


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. macam mana dgn restu ibubapa??
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


p/s : utk golongan2 yg hangat bercinta tu lebih baik laa buat keputusan utk cepat2 kawen..hehehe...mcm aku xbercinta kan..lebih baik kawen awl kerana byk kelebihannye..hmm mcm laa aku pernah merasai alam rumahtangga kan..hahahaa..semuanya bergantung pada individu tu sendiri..baik yg dia buat maka baik lah balasan yg dia dapat..hak masing2 nk bercinta tp mesti ade batasan nye kan..aku yg da bertunang nie pon masih duk pk2 bilaa laa nk kawen..da bersedia ke aku nk galas tanggungjawab sebagai isteri?? insyaallah kalo da smpai seru nye nt semua nye akan dilafazkan..dgn satu akad..masa nye jea kite xthu lagi..ape pon kite mestilah kena beusaha sama..mudah mudahan setiap ape yg kite buat dan ape jua pilihan kita adalah terbaik dan dirahmati ALLAH SWT..INSYAALLAH...


H.A.T.I

sesungguh nya dalam diri manusia itu ada seketul daging. 
jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya 
tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, 
maka kotor dan rosak lah seluruh anggota badannya.
daging yg di maksudkan ini adalah hati..


( riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir )

Thursday, November 17, 2011

bila....

bila ade yg sygg
jgn lukai hati nye...
bila ade yg cintaaa
jgn kamoo menitiskan airmata nye...
bila ade yg menanti
pastikan kamoo kembali..
bila ade yg setia
lakukan yg same...

bila dia byk berkorban utk kamoo
hargailah jgn lukakan hatinye..
bila dia pergi
pergilah kejar selagi merasa dia itu bererti
kerana bila dia tiada di sisi
barulah nanti kamoo menyesal
kerana mensiakan satu satu nye insan
yang ikhlas mencintai kamoo..


kemalasan

1st entry tuk bulan november nie walaupon da masuk tgh bln..
malas nye sy nk menaip bulan nie..
mood cuti kn..asyik teringat kt umaa jea...
bila da balik sini sume nye ase tunggang langgang..
jd blurr jap..
oh tidak...
malas sy makin menjadi jadi...
ape nk jadi nie..
mengarut jea lebih..
bila nk rajin??
tunggu dapat 'nur' dulu..hehehhee...
tp kt nama da ade nur tu..
mcm mna pulak?
hmm tunggu laa smpai rajin tu
 dtg lam hidup aku lak...
bila tu??
aku pon xpasti...
hehehehe.. :) peace


kalo yg tarik bantal nie aku memang rajin..x pernah miss pon even byk keje yg nk kena buat..