terjah

Sunday, November 27, 2011

jadi pasangan yg terbaik

Setiap insan yang melangkah ke alam cinta mengharapkan agar perhubungan dapat dibina berlandaskan kesetiaan, keikhlasan, diiringi rasa cinta yang membara dan diekspresikan menerusi perilaku dan tutur bicara kita terhadap si dia.

Cinta berkait rapat dengan hati dan perasaan. Jika hubungan sedang bahagia, keceriaan jelas terpancar di wajah kita. Begitu jua sebaliknya. Cinta juga mampu mencetuskan inspirasi untuk kita lebih sukses dan fokus dalam segala tindakan dan aktiviti yang dilakukan.

Tiada siapa inginkan perhubungan berakhir di pertengahan jalan, akibat bebanan tekanan yang menyiksakan jiwa dan minda disebabkan tindakan si dia yang mengguris rasa. Memang ada yang kata, demi cinta kita akan bertahan dengan apa saja cabaran. Tetapi apabila melibatkan perbuatan keterlaluan oleh si dia takkan selamanya kesabaran itu dapat mengatasi kewarasan fikiran kita sebagai manusia biasa.

Oleh itu, sebelum kebosanan menjadi barah, ada baiknya kita perhatikan semula peranan serta komitmen kita sebagai pasangannya. Adakah kita telah melakukan yang terbaik demi menjaga perhubungan yang dicipta atau masih banyak kelemahan diri kita yang  perlu diperbaiki bagi memastikan si dia tidak berubah hati akibat rasa jemu yang bertamu.

Jadi, sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, ada moleknya kita perbetulkan setiap kesilapan dan perbaiki setiap kelemahan, lantas terus semarakkan rasa cinta. Berjuanglah untuk cinta anda dan jadikan fantasi suatu realiti sebelum ia pergi meninggalkan memori, ibarat mimpi ngeri.




No comments:

Post a Comment